nuffnang ads

Tuesday, November 15, 2011

Percutian ke Cameron Highland

Salam kekawan..kali ni saya saje nak mengajak kawan-kawan untuk bersama saya semasa saya pergi bercuti baru-baru ni..sesekali bercerita tentang perkara yang bukan perfume tak salahkan..hehehehe...kali ni saya bercuti ke Cameron Highland..saya pergi dengan suami n anak yang bongsu..masa tu cuaca memang sejuk rasa saya sekarang ni musim hujan..tapi udara dan persekitaran memang menyegarkan..sesekali dpt lari dari kesibukan bandar memang menyeronokkan..disini ada gambar-gambar sepanjang saya bercuti di sana..jom folloowww..






sebenarnya byk gambar yang kami amik..tapi ada masalah sikit nak upload gambar..so saya amik gambar yang agak2 menarik bagi menggambarkan keindahan Cameron Highland...ok...enjoyyy...

Wednesday, November 9, 2011

Assalamualaikum...

Salam kawan-kawan semua..
Dah lama rasanya saya tak update blog ni..busy ler akhir2 ni...rindu sebenarnya nak update blog ni..tapi masa tu kadang-kadang cemburukan kita..heheheh....alhamdullilah..setakat ni bisnes masih lagi berjalan dengan lancar...ok la...bersyukur keatas rezeki yang Allah s.w.t berikan kepada saya dan keluarga...saya sebenarnya masih aktif dalam meramaikan lagi agen-agen untuk IRIS LARA FRAGRANCE ini dengan harapan satu hari nnt perfume ini akan jadi antara perfume yang paling dikehendaki oleh penduduk Malaysia malah penduduk dunia..aammiinn..tapi the good news is...saya dapat tahu perfume saya ni dah sampai ke Bangladesh..heheheh..mmm..dah international nampaknyer...salah seorang agen saya jual minyak wangi pada kawan dia seorang warga Bangladesh di kilang tempat dia bekerja..then kawan Bangladesh dia beli perfume tu and hadiahkan kepada kaum keluarga dia di Bangladesh..bangga jap..oklah nnt akan diupdate lagi story yang lain..insyaallah..lepas ni saya akan rajin mengupdatekan blog ni..adios amigos..assalamualaikummmm...:-)

Wednesday, March 23, 2011

No. contact dealer IRIS LARA FRAGRANCE...

Salam Khamis kawan-kawan....disini saya sertakan no.telefon dealer-dealer saya:-

Bahagian Shah Alam:-
a.  Rohaida                      - 0172516563
b.  Nurul Edzzar              - 0123917627
c. Haslinda                      - 0163380677
d. Rodiah                        - 0103689942
e. Suzillah                        - 0122215550
f.  Zainamiah                    - 0133852124
g. Sofian                          - 0126159462
h. Normaziah                   - 0129123969

Bahagian Klang:-
a.  Zarimah                      - 0193703436
b. Norazlin                      - 0196329805

Bahagian Cheras:-
a. Faizal                          - 0133703954

Bahagian Puchong & Putrajaya:-
a. Nik Helma                   - 0122254511
b. Riduan                         - 0122254514

Bahagian Melaka:-
a. Nursyazry                    - 0129330854

Bahagian Johor:-
a. Norliza                         - 0177670601
b. Rodiah                         - 0103689942
c. Aminah (ina)                 - 0127499550

Sekiranya ada yang tertinggal...sila maklumkan kepada saya...diharap dengan adanya No. telefon dealer2 akan dpt memudahkan lagi urusan jual beli...

Monday, March 7, 2011

KARNIVAL JUALAN SEMPENA MAULIDUR RASUL DI SURAU AL-SAKEENAH,TTDI JAYA SHAH ALAM

Salam kekawan,

Apa kabar?Saya hrp kawan-kawan semua berada di dalam keberkatannya sentiasa..hari Sabtu (5.3.2011) hari tu saya menyertai jualan sempena Maulidur Rasul di Surau berdekatan dengan rumah mak saya..saja suka-suka test market..tapi alhamdullilah..sambutan amat mengalakkan..disini saya sertakan gambar-gambar pada hari jualan tu..





Sunday, February 27, 2011

Salam kekawan...

hai kekawan..salam bertemu kembali....sorry dah lama tak update..cibuk sikit...nak start perkenalkan produk ni mmg biasa lah..kena kerja kuat sikit..terima kasih lah kepada kawan2 yang menyokong dan memberikan semangat kepada saya dalam meneruskan impian ini.dan tak lupa juga kepada kawan-kawan yang memberikan kritikan samada baik atau buruk kepada saya..tanpa kawan2 siapalah saya...alhamdullilah..business skrg berkembang dengan bagus..dan saya rasa happy buat bisnis ni,bukan apa dpt tolong kawan-kawan yang sama-sama nak cari side income...Disini saya ada terbaca satu artikel dlm internet berkenaan dengan sejarah  minyak wangi ni...tu saje nak berkongsi dengan kawan-kawan :-

Kesenian sains dalam minyak wangi

Oleh AZIDA ISHAK
Minyak wangi adalah sebuah aksesori menarik dan sangat digemari oleh semua orang baik kaum lelaki mahupun kaum wanita. Kebiasaannya, kita semua hanya menganggap sebatian minyak wangi sebagai suatu semburan yang dipakai pada tubuh kerana aromanya yang menarik dan juga bagi mengelak bau tubuh badan yang kurang menyenangkan. Namun tidak semua orang tahu apakah bahan dan intipati yang terkandung di dalam minyak wangi itu sendiri. Perkataan minyak wangi atau perfume (dalam bahasa inggeris) berasal dari ungkapan Latin iaitu peri membawa maksud merebak dan fume pula bermaksud asap. Daripada kajian dan catatan sejarah terdahulu telah pun ada menunjukkan bahawa manusia purba menggunakan pelbagai jenis haruman semerbak hasil daripada pembakaran bahan-bahan seperti resin, getah dan kulit kayu. Semuanya dikenali sebagai incense dan seringkali dimanfaatkan dalam upacara ritual khusus yang terbentuk keagamaan. Masyarakat kuno ini juga percaya bahawa pemberian wangian untuk dewa-dewi yang dipuja akan menjadikan nasib mereka lebih baik. Sejarah juga telah membuktikan penggunaan minyak wangi melalui penemuan dalam makam batu Firaun Mesir beribu-ribu tahun dahulu. Proses pengawetan mumia yang dilakukan khas untuk golongan raja-raja, bangsawan dan orang kaya menggunakan bahan wangian seperti getah damar (bahan sari yang terbentuk secara semula jadi akibat daripada tindak balas pokok untuk melindungi bahagian yang cedera selepas diserang penyakit). Selain itu ia juga melibatkan rempah, kayu dan resin, yang kemudiannyadicampur dengan minyak dan air untuk disapu sebagai balm pada tubuh jenazah sebelum dimakamkan. Dunia Islam di zaman para khalifah juga telah memajukan teknologi dalam industri pembuatan minyak wangi sehingga ia berkembang menjadi sangat pesat. Ramai para cendekiawan meyakini bahawa industri ini bermula melalui seorang ahli kimia yang sangat mahsyur iaitu Jabir Ibnu Hayyan (721-815M) yang digelar sebagai Bapa Kimia Moden. Jabir Ibnu Hayyan telah membuat penemuan mengenai teknik penghasilan minyak wangi iaitu melalui kaedah penyulingan, pengewapan dan penyaringan. Ketiga-tiga teknik ini didapati mampu mendapatkan aroma minyak wangi daripada minyak pati tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. Seorang lagi tokoh Islam yang terkenal iaitu Al-Kindi juga telah menulis sebuah kitab (805-873M) bertajuk Kimiya' al-Itr yang telah mengembangkan teknik dan kaedah Jabir Ibnu Rayyan secara lebih terperinci. Al-Kindi juga banyak menulis mengenai berjenis-jenis bahan dan campuran sebatian untuk penghasilan minyak wangi.
Intipati Minyak Wangi
Bahan asas yang digunakan dalam sebatian minyak wangi adalah seperti berikut: Air + alkohol (pelarut) + minyak pati (yang mengandungi sebatian aromatik). Alkohol yang dicampur di dalam proses membuat minyak wangi pula diproses dari penyulingan petroleum dan sememangnya sangat berguna sebagai bahan pelarut. Contoh alkohol yang digunakan adalah seperti etanol yang dibuat daripada buah-buahan dan metanol yang dibuat daripada bahan kayu. Sifat kimia alkohol itu sendiri mendatangkan banyak manfaat kerana ia mudah meruap, tidak meninggalkan kesan jika disembur pada baju, berkebolehan mengikat aroma wangi dan boleh menyimpan ekstrak bauan untuk menjadikannya tahan dengan lebih lama. Minyak pati pula merupakan sejenis minyak yang senang meruap kerana kandungan aromatiknya yang tinggi. Ia boleh didapati secara teknik penyulingan seperti berikut: Bahan mentah, proses pemilihan dan pembersihan, proses pengisaran, proses penyulingan, wap beraroma disejukkan melalui kondenser pengumpulan bahan ekstrak, proses pengasingan minyak dan air, penulenan penganalisaan kualiti minyak pati, perolehan minyak pati tulen. Penemuan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Dekan Pusat Pengajian Siswazah UKM, Prfesor Datuk Laily Din telah mentgenal pasti daun kesum yang ditanam di tanah air kita mempunyai potensi besar untuk dijadikan minyak pati. Selain daun kesum, pihaknya juga telah membuat penyelidikan terhadap satu spesis cendawan Lichens untuk dijadikan minyak wangi. Selain dari UKM, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (Mardi) turut mendapati bahan-bahan seperti herba nilam, selasih, serai, tea-tree, kayu manis dan limau purut sesuai dijadikan tanaman minyak pati secara komersial. Minyak pati yang sangat popular dalam dunia ketika ini ialah minyak mawar yang mengandungi bahan geraniol beraroma wangi. Teknik penyulingan minyak mawar dikatakan berasal dari Persia dan kini antara 70 dan 80 peratus minyak ini boleh diperolehi di pusat penyulingan mawar di Bulgaria dan selebihnya di negara lain. Negara Jerman menghasilkan minyak mawar damaskus Rosa damascene sementara di Perancis menggunakan mawar bernama Rosa centifolia. Setiap minyak wangi mempunyai keharmonian baunya sendiri. Seni pembuatan minyak wangi boleh diumpamakan seperti teknik seorang komposer menggubah lagu atau menciptakan sebuah melodi. Ini adalah kerana teknik pencampuran beberapa jenis wangian ke dalam suatu larutan adalah merujuk kepada kategori wangian itu sendiri. Terdapat 3 kategori wangian iaitu nada atas (top notes), nada tengah (middle notes) dan nada dasar (base notes). 1) Nada tas - biasanya berasal dari sari buah-buahan atau tumbuh-tumbuhan seperti lemon, anggur, pic dan nanas. Ia dapat dihidu dengan pantas disebabkan kemeruapan molekulnya yang kecil dan sangat cepat (co-efficient 1-14). Dalam seni pembuatan minyak wangi, pemilihan wangian dari kategori nada atas adalah penting sekali kerana ia bakal memberi gambaran awal pengguna terhadap minyak wangi itu sendiri. 2) Nada tengah - biasanya berasal dari sari bunga-bungaan yang wangi seperti mawar, freesia, gardenia, violet, ros cina (yang mengandungi trimethoxybenzene untuk memberikan ketenangan), teratai timur (atau ohga-lotus, sejenis bunga paling tua di dunia) dan melati. Merupakan wangian yang akan timbul setelah wangian nada dasar meruap, biasanya antara dua minit sehingga berjam-jam selepas pemakaian minyak wangi. 3) Nada dasar - biasanya berasal daripada zat yang dikeluarkan oleh haiwan seperti kasturi dan ambergis (dari paus), mempunyai bentuk molekul yang lebih besar, berat, sangat lambat meruap dan biasanya dapat dihidu hanya selepas 30 minit pemakaian oleh pengguna.

Itu sahaja..diharap kita dapatlah informasi berkenaan minyak wangi ni..ok kekawan..harap berjumpa lagi dimasa yg akan dtg..luv u all...

Sunday, February 13, 2011

Agen-agen Pati Minyak Wangi IRIS LARA FRAGRANCE...

nik and wan
Pn. Nurul Edzzar..my BFF

Pn. Yati..

En. Sufian..

Pn. Rodiah..

Pn. Zainamiah..

Pn. Suzillah...

Pn. Linda..my BFF

Pn. Rohaida n Cik Sally..my BFF

Pn. Liza..ni orang kuat daerah Johor..

last but not least..my brother..Ayie..
Salam kekawan...saya doakan kawan-kawan sume berada dalam sejahtera la hendaknya...skrg alhamdullilah perniagaan saya semakin berkembang..dan saya rasa seronok sgt sbb dpt berkongsi bersama-sama kawan-kawan utk mencari side income bg menambah pendapatan...insyaallah....diharap ianya berkekalan...disini saya serikan laman blog saya dengan gambar-gambar agen saya yang sumenyer very the "boom"...thanks guys...u'all the best...

Monday, February 7, 2011

Jenama-jenama perfume dalam koleksi IRIS LARA FRAGRANCE

Salam kekawan...saya baru diberitahu oleh salah seorang agen aktif saya Pn. Haslinda Abdul Halim yang saya tak senaraikan nama-nama perfume yang ada dalam koleksi IRIS LARA FRAGRANCE...heheh..terlupa la pulok...ok,disini saya senaraikan nama-nama perfume:-

Lelaki

a.  Tommy Boy
b.  Dunhill Fresh
c.  Ck One
d.  Eternity for Men
e.  Polo Sport
f.  Escape for Men
g.  Aqua De Gio
h.  Dunhill Desire Blue
i.  Hugo for Men
j. Chanel Allure for Men
k.  Contradiction for Men (Calvin Klein)
l. Drakkar
m.  Dunhill New Edition
n.  polo blue
o. Hugo Energise


Perempuan

a.  White Musk
b.  Dewberry
c.  Miracle (Lancome)
d.  Tommy Girl
e.  Kenzo Flower
f.  Chanel Allure
g.  Escape for Women
h.  Hugo for Women
i.  Amor Amor
j.  Cool Water for Women
k.  5th Avenue (Elizabeth Arden)
l.  Tresor (Lancome)
m. Sunflower (Elizabeth Arden)
n.  Ralph Laurence Romance
o. Ralph for Women
p. Issey Miyaki
q. Pleasure (Estee Lauder)
r.  Chanel No.5
s.  Beautiful (Estee Lauder)
t.  Red Jeans (Versace)
u. Chanel Chance
v. Jadore (Christian Dior)
w.Rush (Gucci)
x. escada (pacific paradise)
y. apple blossom (body shop)

Diharap akan ada ramai lagi yang ingin menjadi agen saya...saya akan make sure yang agen2 saya akan berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan..dan tak lupa buat MARZALAN MANSOR.. suami saya yang tercinta kerana memberi begitu banyak dorongan dari segenap segi untuk memastikan apa yang saya ingin kecapi dalam hidup tercapai..I LOVE U SO MUCH.. FOREVER...semoga bertemu semula di rencana yang akan datang..take care...

Sunday, February 6, 2011

Salam Februari kawan-kawan....

botol bersaiz 12 ml

botol 7ml

botol 25ml

botol bersaiz 11
Assalamualaikum...

Apa kabar kawan2? saya harap sumenya ok dan dalam keadaan yg sihatlah hendaknya...saya ok je kat sini cuma tgh memikirkan apa lagi yg perlu saya upgradekan dlm menjadikan minyak wangi saya ini lebih menarik but still affordable untuk kita...tapi disini saya sertakan sekali botol2 baru yang boleh didapati bagi kawan2 sume yg inginkan kelainan penggunaan botol minyak wangi..saya kalau boleh lepas ni nak kenalkan botol2 perfume yang spray...so that kawan2 sume ada byk pilihan botol2...kawan-kawan bolehlah order dlm bentuk borong dengan harga yang lebih murah ataupun satu-satu mengikut harga yang ada...hubungi saya di talian 019-3912005

Tuesday, January 25, 2011

Tadi saya dah postkan gambar2 botol perfume yang terdapat dalam keluaran saya...yang cap warna biru dan pink tu  untuk 10ml (penutup pink untuk bauan wanita dan biru untuk bauan lelaki).. yang botol dlm kotak tu  mempunyai 6 botol perfume yang korang leh pilih..kalau korang tak caya leh survey2 kat luar..saya juga sedang mencari agen di serata Malaysia..disamping tu juga korang leh la dpt side income..impian saya supaya satu hari nnt..minyak wangi saya akan terkenal dan saya mempunyai bangunan saya sendiri...saya nak ada kilang saya sendiri..dan akan keep on going produce perfume yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan..saya tahu kebanyakkan minyak wangi yang diluar mmg mahal2..n adakalanya we have to spend a lot of our money just to buy one bottle of our favourite perfume..hakikatnya saya dulu pun camtu gak..teringin giler nak memiliki satu2 jenama perfume tu tp kena think twice..ye la..takkanlah nak spend money just to buy a bottle of perfume..so kalau dpt beli perfume favourite saya tu..saya akan cuba use it sehemat yang mungkin..atleast leh pakai sampai 6 months to one year..hehehe..:-(...saya mmg bercita2 satu hari nnt nak ada minyak wangi saya sendiri..semoga cita2 saya akan tercapai..kalau tak pun..takpe la angan2 pun best gak..heheheh

Ini gambar perfume keluaran saya...

















Sunday, January 23, 2011

Assalamualaikum...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kawan-kawan semua..diharap kehadiran saya dalam dunia blogger ini akan diterima ramai..blogger ini bertujuan untuk memperkenalkan minyak pati wangi saya ke dunia alam maya..saya baru saja memulakan business ini memandangkan saya seorang pengemar minyak wangi..tetapi alhamdullilah minyak wangi saya setakat ini mendapat sambutan yang menggalakkan malah saya telah mempunyai 2-3 orang agen bagi pati minyak wangi saya.  Pati minyak wangi saya dijual dengan harga yang amat berpatutan disamping botol-botol minyak wangi yang menarik.  Saya mempunyai 36 pati minyak wangi jenama antarabangsa yang seperti kita ketahui harga minyak wangi tersebut yang dijual di kaunter-kaunter di pusat membeli belah mencecah ratusan ringgit..Tetapi sekarang kawan-kawan tidak perlu risau lagi kerana saya ada pati minyak wangi itu yang dijual dengan harga yang amat murah dan berbaloi untuk dimiliki...saya tahu diluar sana terdapat banyak syarikat dan orang perseorangan yang menjual malah ada yang membekal pati minyak wangi ini tetapi ini lah namanya persaingan dalam perniagaan kan..apa salahnya kita mencuba memeriahkan lagi dunia perniagaan di Malaysia dan kalau ada rezeki di rantau Asia...insyaallah..ammiinn..